NEWS – Hello Doktor

SJMC Sedia Kemudahan Komprehensif Dengan Teknologi Terkini Untuk Penghidap Kanser

Penyakit kanser merupakan penyakit yang paling digeruni dan seringkali dikaitkan dengan kematian. Malahan, kos rawatan kanser juga boleh menjadi tinggi sekiranya pesakit lambat menerima rawatan yang sepatutnya.

Sebenarnya, individu yang menjalani ujian saringan dan didiagnosis dengan lebih awal kebiasaannya mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk sembuh. Kos rawatan kanser juga dapat dikurangkan kerana mereka tidak perlu menjalani rawatan yang ekstensif.

Namun begitu, kesedaran mengenai kepentingan membuat ujian saringan kanser dan mendapatkan rawatan awal sebenarnya masih lagi rapuh dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sempena Hari Kanser Sedunia pada Februari lalu, mari kita ketahui dengan lebih lanjut mengenai kepentingan pengesanan awal kanser dan beberapa jenis rawatan penyakit kronik ini.

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *